Gua Madai
Gua Madai ialah tempat yang utama bagi aktiviti mengutip sarang burung. Sarang burung ini dianggap sebagai makanan istimewa dan dipercayai baik untuk kesihatan di kalangan masyarakat Cina dan pasaran eksportnya sangat meluas.
Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua
kali setahun apabila suku kaum Idahan datang ke sini untuk mengutip sarang
burung dari bahagian-bahagian gua yang berbeza-beza ini. Aktiviti mengutip
sarang burung ini secara beramai-ramai menjadikan ianya seakan-akan sebuah pesta.

No comments:
Post a Comment