Friday 6 April 2012



TAMAN PERTANIAN SABAH

Taman ini terletak di Lagud Sebrang iaitu kira-kira 12km dari pekan Tenom. Terdapat beberapa buah taman di Taman Pertanian Sabah ini. Antaranya ialah Muzium Taman Hidup, Taman Orkid, Ternakan Madu Lebah, Taman Evolusi, Taman Buah-Buahan, Taman Kaktus dan sebagainya.
Kadar bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 10 untuk orang dewasa (warganegara Malaysia), RM 7.00 untuk pelajar, RM 5.00 untuk kanak-kanak (dibawah 13 tahun) dan RM7.00 untuk persara kerjaaan/ warga tua. Taman ini juga menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pelancong. Antaranya ialah kemudahan asrama/hostel bagi pelancong yang bercadang untuk menginap di sini, surau, restoran, sampan untuk disewa, basikal untuk disewa dan perkhidmatan pemandu pelancong.
Taman ini merupakan sebuah taman pembelajaran yang berorentasikan ilmu, dan berkonsepkan pendidikan dan riadah. Ia memiliki koleksi tumbuhan dan landskap tanaman hiasan serta aktiviti-aktiviti pendidikanyang mengkagumkan. Taman ini terletak di Lagud Sebrang, Tenom, ia dibuka dari Selasa hingga Ahad termasuk cuti umum (9.00 pagi - 4.30 petang). Kemudahan yang didapati di Taman ini diantaranya Pusat Penerangan, Asrama, Kawasan Perkhemahan, Restoran, Kedai Cenderakenangan, Tasik berperahu, dan lain-lain lagi.





Antara yang akan anda temui di sini ialah:
Pusat Orkid Tempatan
Pusat ini mengandungi 400 spesies daripada 1500 spesies tempatan yang dikenalpasti di kepulauan Borneo. Terkenal di seluruh dunia sebagai pusat utama pengumpulan orkid Borneo. Terkenal di seluruh dunia sebagai pusat utama pengumpulan orkid Borneo. Pusat ini boleh anda temui melalui laluan Puncak Taman Pertanian Sabah.
Muzium Tanaman Hidup
Terdapat lebih daripada 400 spesies tumbuhan bernilai ekonomi yang ditanam secara sistematik dan dikumpul mengikut kegunaannya. Pengalaman yang berharga ini boleh anda rasai jika anda mengikuti laluan gTaman Firdaush.
Pusat Lebah ( Luar Pusat Taman )
Diiktiraf antara pusat penyelidikan lebah yang unggul di dunia. Sembilan spesies lebah telah direkodkan di seluruh dunia dan lima daripadanya boleh ditemui di Negeri Sabah yang mana empat terdapat di Taman ini.
Koleksi Janaplasma (Luar Pusat Taman)
Mengandungi koleksi halia, bambu dan palma dikenali antara yang terunggul di rantau Asia.
Taman Hiasan
Mengandungi koleksi halia, bambu dan palma dikenali antara yang terunggul di rantau Asia.
Taman Hoya
Mengandungi koleksi antara yang terunggul di Malaysia. Terdapat 25 jenis Hoya yang sebahagian besarnya berasal dari kepulauan Borneo telah dikumpulkan di taman ini. Tanaman ini boleh anda temui di laluan eCitarasa Taman Pertanian Sabahf.


1 comment: