GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu
yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan
puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras
laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia
Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884
meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia.
Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi
persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia
Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang
terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora,
dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian
mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung
kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak
Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak
tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya
dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap
sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal
dengan benua Asia.
Gunung
Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas,
hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung
Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di
Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang
dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu
banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan
masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya
semangat mereka selepas meninggal dunia.
Ciri fizikal
Permukaan
asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada
hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya
mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.
Kesemua
puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air
batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung
Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya.
Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier.
Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinusok Gravel iaitu satu
tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.
Seperti
mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas
dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap
disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka
sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka
mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan
tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa
roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di
Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung
Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum
Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi
marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.
Perkataan
"Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang
dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki"
membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung,
"Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi
gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.
Menurut
lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung
Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara.
Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak
tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi
sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan
bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa
menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga,
tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati,
tidak marah atau gelak terbahak-bahak.
Mendaki
dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh
menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam,
berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi
mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak
Gunung Kinabalu.
Diatas
Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi,
kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka
mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar
Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan
untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah
harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para
pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut
sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun
supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja
roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang
dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi
Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan
selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.
Para
pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam
kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat
tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni
halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
No comments:
Post a Comment