Pulau sipadan
Pulau
Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di
pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau
samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar
laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam
skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian
umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban
terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah
tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun
berakhir Julai 2009[1].
Sejarah
Pulau ini
pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia. Isu tersebut telah
dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Dengan bukti yang disiapkan
Malaysia dan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa
menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan
pada 2003. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective
occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum
ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik. Kerajaan Indonesia mengulas rasa
sangat kecewa di atas keputusan tersebut.
Tarikan
Alam bawah
laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan
kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna
yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan
cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti
untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang
menyeronokkan di dunia.
Pulau ini
telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan
persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Di sekitar
Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot
center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua
Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan),
North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster
Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef),
Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
-Gambar
pulau sipadan
No comments:
Post a Comment