Friday, 6 April 2012


Taman bukit tawau


Taman Bukit Tawau meliputi kawasan seluas 27,972 hektar telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1979. Selain daripada menjadi punca kepada Sungai Tawau ia juga merupakan kawasan tadahan hujan bagi seluruh daerah Tawau. Taman ini kini diletakkan di bawah jagan Taman-Taman Sabah. Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 seorang. Wang kutipan digunakan untuk perbelanjaan pemuliharaan.






                                                           Pondok rehat atas kolam
                            Bagi mereka yang suka berenang atau sekadar berendam di dalam sungai


                                                 Jambatan gantung menyeberangi sungai

Akan tetapi kawasan air terjun yang pernah menjadi tumpuan para pelancong tetah dipagar dan tidak lagi dibenarkan masuk. Kawalan ini terpaksa dilakukan berikutan dengan beberapa peristiwa yang tidak diingini berlaku.


Masih ramai yang keliru, sebenarnya Tawau ini unik kerana Taman Bukit Tawau menempatkan satu Pokok tropika tertinggi di dunia dan bukannya pokok yang tertinggi di dunia. Berbekalkan kekeliruan itulah. Pokok tropika tertinggi di dunia yang berada di Taman Bukit Tawau ini adalah pokok dari spesis Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana) yang ditemui oleh saintis Amerika Syarikat, Dr Roman Dial bersama dua rakannya pada tahun 2006.  Ketinggian pokok torpika tertinggi di dunia ini ialah 88.32 meter.  Untuk melihat sendiri pokok ini, anda perlu berjalan kaki di dalam hutan sejauh 900 meter yang biasanya akan mengambil masa sejam perjalanan.


No comments:

Post a Comment